Loving & caring

My photo
I love to learn alot of things in this world, and would love to share with my fellow friends what I had discovered. May this little piece of work will inspire us all towards the reality of life and faith.
Showing posts with label War n World Affair. Show all posts
Showing posts with label War n World Affair. Show all posts

13 January 2009

Terowong rahsia Hamas yg tak rahsia lagi

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST MERCIFUL ..


Kubu rahsia Hamas
Susunan Hafizah Iszahanidmailto:Iszahanidhafiza@bharian.com.my






Selain Koridor Philadelphi yang dikesan Israel, ada ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir JIKA terowong menjadi nadi kehidupan kebanyakan warga Semenanjung Gaza, bagi Hamas, terowong adalah paksi kekuatan ketenteraannya. Ini diakui Komander Israel bahawa pergerakan Islam masih memiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuang terlatih yang mana mereka bergerak melalui terowong jauh di bawah sempadan Mesir.

Terowong ini adalah kunci memastikan kuasa politik dan ketenteraan Hamas yang bukan saja menjadikan mereka sasaran serangan Israel malah menjadi isu utama dalam rundingan gencatan senjata. Selain sebuah terowong yang dikenali sebagai Koridor Philadelphi yang sudah diketahui Israel, ada ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir. Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat Universiti Bar-Ilan Israel, Prof Efraim Inbar, percaya kerajaan Israel bertanggungjawab pada kewujudan pelbagai terowong ini.























SEORANG penyeludup Palestin turun ke pintu masuk satu terowong yang berada di sempadan Gaza-Mesir.































PENYELUDUP bercakap menggunakan telefon dengan penyeludup lain di terowong.
















“Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya. Malah tidak menggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan dan menghentikannya. Masalah yang dihadapi Israel sekarang adalah mereka perlu memusnahkan semua terowong ini dan memastikan ia tidak akan dibina pada masa depan,” katanya, Terowong yang berselirat di bawah tanah Semenanjung Gaza memiliki sejarah yang panjang. Ia dibina bertahun dulu dengan pelbagai kedalaman dan keluasan. Terowong menjadi laluan pelbagai benda, daripada anak kambing kepada roket. Malah, ada yang hanya dikhaskan untuk golongan kenamaan dengan laluan yang lebih pendek. Sebelum ini, Israel pernah menimbangkan untuk menangani kewujudan terowong ini dengan menggali parit yang dipenuhi dengan air laut. Justeru, setiap pengguna terowong berisiko untuk lemas. Bagaimanapun, pelan itu tidak menjadi kerana ia boleh mendedahkan Gaza pada keadaan bawah tanah yang rapuh.




Israel juga pernah meminta Amerika Syarikat membekalkan jurutera tentera yang boleh membina dinding bawah tanah di sebelah Mesir bersebelahan Koridor Philadelphi. Amerika Syarikat bersetuju pada prinsipnya walaupun tidak jelas sama ada pihak Mesir memberikan kebenaran. Ketakutan Israel pada terowong di Gaza yang semakin banyak dibuka semula amat jelas apabila mereka meminta pihak berkuasa antarabangsa memantau gencatan senjata. Malah, Israel cuba untuk memusnahkan jaringan bawah tanah ini dengan bom jenis bunker-busting (bom yang boleh menembusi sasaran bawah tanah) yang diperoleh dari Amerika Syarikat.



Nicholas Pelham, penganalisis dari Kumpulan Krisis Antarabangsa berkata, penutupan terowong ini secara kekal adalah proses utama dan berpanjangan. “Tanpa memperoleh semua wilayah, sukar untuk menutup terowong ini dalam masa yang lama,” katanya. Apa yang membuat Israel lebih bimbang apabila sayap bersenjata Hamas, Briged Izz Al-Din Al-Qassam menggunakan terowong untuk persiapan perang. Sayap itu dikatakan menghantar ribuan pejuang untuk berlatih di Iran dan Lubnan melalui terowong, taktik yang digunakan secara berjaya oleh Hizbollah bagi menentang Israel pada 2006.



Menurut seorang Komander Hamas, satu daripada pelajaran yang dipelajari daripada terowong adalah ia mengurangkan risiko yang diambil apabila menyerang balas. “Jangan ledakan bom di situ, gali terowong dan gunakan wayar peledak bagi membolehkan misil dilancarkan dari jauh. Jadi, Hamas hanya akan kerugian tiub atau alatan menembak yang hanya berharga RM30.20 dan bukan pejuang,” katanya. Komander Islam Jihad, Abu Bilal yang beroperasi secara bebas di Gaza, mengakui serangan roket secara psikologinya memusnahkan Israel tetapi memiliki impak ketenteraan yang sedikit. “Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain serangan roket dan harapan mereka memasuki Gaza. Kami berdoa supaya kereta kebal masuk ke kawasan kami, semua pejuang akan menunggu peluang untuk membunuh mereka,” katanya.



Rangkaian persenjataan Hamas termasuk misil Qassam yang dihasilkan di Gaza dan roket tiruan Russia yang dihasilkan di China. Semua itu diseludup melalui sempadan selain mortar, mesingan, bom, pelancar roket dan pelbagai senjata perang lain yang diimprovisasi. Hamas juga mewarisi stok senjata infantri Amerika Syarikat dan amunisi yang ditinggalkan Pergerakan Fatah apabila pejuangnya keluar dari Gaza pada 2007.



Hamas juga meningkatkan struktur ketenteraannya dengan lima briged di bawah komander berbeza yang melapor kepada Ketua Izz Al-Din Al-Qassam. Mereka juga dilatih bergerak dalam unit individu jika keadaan memerlukan. Selain itu, pejuang Hamas juga meningkatkan propaganda melawan persenjataan Israel. Dengan wartawan yang dihalang memasuki Palestin oleh tentera Israel, laman web Hamas - Pusat Maklumat Palestin (PIC) adalah senjata utama bagi mendapatkan sumber berita. Ia menyiarkan berita duka berikutan serangan Israel dan ikrar untuk menyerang wilayah yang dikuasai Israel. PIC juga memberi alamat web yang lain jika laman web itu gagal dicapai. Ini kerana Israel sentiasa mencari jalan memusnahkan Hamas termasuk mengganggu stesen TV Hamas, Al-Aqsa dengan menyelitkan kartun menunjukkan pejuang Hamas diletupkan dengan nasihat 'anda tidak akan berjaya'.






Info Terowong Gaza

Ada lebih 750 terowong di bawah bumi Gaza dan satu daripadanya ditemui Israel dikenali sebagai Koridor Philadephi.



Terowong yang biasa untuk penyeludupan barangan pengguna panjangnya antara 800 hingga 1,400 meter dengan kedalaman antara 15 hingga 30 meter.


Pembinaan mengambil masa paling kurang enam.


Upah menggali RM480 sehari.


Dianggarkan 90 peratus produk yang memasuki Gaza setiap bulan bernilai RM128 juta dan semuanya dibawa melalui terowong melalui Mesir.


Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan dan senjata bagi pergerakan Hamas dengan bayaran RM8,880 untuk setiap terowong.

28 January 2008

SYMPATHY WITH GAZA.... egyptian midfielder

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST MERCIFUL .. WHO HAD BESTOWED RAHMAH TO THE WORLD OF UNIVERSE .. MAY HE FORGIVES US ALL AND GUIDE US
CAF WARNS ABOUTRIKA

27th January 2008

The Confederation of African Football (CAF) has warned Egyptian midfielder, Mohamed Aboutrika for displaying a slogan in support of Gaza at the MTN Africa Cup of Nations Cup finals in Ghana.Aboutrika lifted his strip to reveal a T-shirt with the slogan 'Sympathy with Gaza' as he celebrated his goal in the 3-0 win over Sudan in Friday’s.


CAF said on Saturday that Aboutrika had been warned after the incident.“The displaying of political slogans is against football regulations.”He was booked for the action in that Group C duel played at the Baba Yara Stadium in Kumasi.


Aboutrika’s action came on the same day as clashes between Palestinian residents, seeking to break the blockade of Gaza, and Egyptian police.

23 January 2008

Mid East conflict .. The Barrier Destroyed..Alhamdulillah
















Wed Jan 23, 3:38 PM ET

Palestinians walk on a destroyed section of the border wall as they cross between Rafah, in the southern Gaza Strip, and Egypt Wednesday, Jan. 23, 2008. Masked Palestinian gunmen blew holes into the Gaza-Egypt border wall Wednesday, and thousands of Gazans trapped in their territory by a tight blockade poured into Egypt to buy food, fuel and other supplies that have become scarce.


























Tens of thousands of Gazans poured into Egypt on Wednesday to stock up on goods in the face of an Israeli blockade, after Hamas militants blew up parts of the barrier that marks the border.























The sheep bought from egypt border is ready to take home to Gaza. A boy pushing his sheep to cross the destroyed barrier.











Indeed Allah always be with those who are patient.. the grief is a test but He never neglect us .. His assist comes to those who are patient and strive hard .







02 December 2007

Iran kecam AS biayai Israel -


Iran kecam AS biayai Israel - Sifatkan sidang damai Asia Barat tidak akan berjaya

TOKYO 2 Dis. – Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang mengecam rundingan damai Asia Barat anjuran Amerika Syarikat (AS) berkata, rakyat Palestin tidak mempunyai wakil sebenar pada rundingan tersebut.

Mahmoud dalam wawancara yang disiarkan di sini hari ini berkata, perdamaian di Asia Barat tidak mungkin dicapai kerana Washington terus membiayai tentera Israel.

“Mustahil bagi sebuah negara yang membekalkan senjata dan peralatan tentera berbilion-bilion dolar kepada Israel tetapi kemudian bertindak cuba membawa damai kepada Palestin,” kata Mahmoud sewaktu wawancara dengan stesen televisyen Jepun, TV Asahi di Teheran.
Beliau mengecam keras sidang damai yang diadakan di Annapolis, Maryland itu.

Tegas Mahmoud, penganjur persidangan itu enggan mengakui punca utama masalah Palestin ialah kerana penganjur itu sendiri iaitu AS, bertindak melindungi penindas rakyat Palestin.

“Wakil sebenar rakyat Palestin tidak menyertai rundingan, kepentingan mereka tidak dihiraukan,” ujar beliau dalam bahasa Parsi yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Jepun.

Pada sidang damai Asia Barat di itu, para pemimpin Israel dan Palestin di hadapan wakil dari hampir 50 negara mengumumkan rundingan damai rasmi akan disambung semula selepas tujuh tahun terbengkalai.

Iran berkali-kali mengutuk rundingan tersebut yang dilihat oleh banyak pihak sebagai bertujuan memencilkan republik Islam itu.

Pergerakan Hamas yang menguasai Genting Gaza sejak Jun juga membantah penyambungan semula rundingan damai dengan alasan, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak bercakap bagi pihak rakyat Palestin kerana ia bukan dari Hamas sedangkan rakyat memilih Hamas pada pilihan raya.

Sementara itu, para pegawai AS melahirkan harapan agar sidang Annapolis akan melemahkan perikatan Iran, Syria, Hamas dan pergerakan Hizbullah Lebanon.
– AP