IN THE NAME OF ALLAH THE MOST MERCIFUL .. WHO HAD BESTOWED RAHMAH TO THE WORLD
Nasionalisma dan reformasi ketika pemerintahan DatoAbdullah (1922–1938)
Kebanyakan kegiatan sosial dan budaya yang berkembangdi merata Rembau dan seluruh Negeri Sembilan padatahun 1920an dan 1930an adalah bertitik tolak dariaspirasi dan kejayaan Dato Abdullah bin Haji Dahan, yang menjadi Undang Rembau dari 1920 hingga 1938 dan
diingati diperingkat Rembau sebagai seorang pemerintahyang berani dan pahlawan budaya moden.
Sepertimana kanak-kanak lain yang pintar dari golonganpemerintah, anak muda ini menerima sokongan Britishuntuk menghadiri sekolah berbahasa Inggeris yang elitiaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar.Ini adalah perkara biasa untuk anak-anak dari golonganpemerintah yang akan bekerja sebagai penjawat awam.
Bagaimanapun beliau mempunyai cita-cita yang lebihtinggi di mana dia mencari kerjaya di bidangperubatan. Sekiranya dia melanjutkan pelajaran ke HongKong, dia adalah antara orang Melayu pertama yangmendapat pendidikan tinggi di luar koloni, dan mungkinantara doktor Melayu yang terawal.Tapi oleh kerana ayahnya dan pihak berkuasa British memandang rendah cita-cita beliau, diputuskan beliaubelajar perubatan di Singapura hanya untuk menjadipembantu perubatan.
Pada tahun 1922 Dato Abdullah telah dilantik sebagaiUndang Rembau menggantikan Dato Haji Sulong bin Ambia.Penulisan British ada menyatakan beliau dilantiksebagai Undang Rembau pada usia 17 tahun dengankebolehan yang luar biasa, bercita-cita tinggi, pintardan mempunyai kesungguhan tinggi.Dia dilahirkan dari suku Sedia Raja dari golongankeluarga yang berada.
Perjuangan Dato Abdullahbukanlah melalui peperangan di sepanjang Sungai Rembautetapi adalah melalui memorandum, petisyen rasmi dandalam majlis persidangan.Dato Abdullah adalah orang yang paling kuat melobiuntuk ditubuhkan beberapa sekolah perdagangan daninstitusi berbahasa Inggeris supaya lebih ramai anakMelayu dapat menjadi pentadbir yang baik sertamenjawat jawatan professional.
Masa depan orang Melayu sedang berdepan risiko ketika itu dengan dasarpelajaran British. Bagaimanapun cadangan Dato Abdullahmendapat tentangan berterusan dari pentadbirankolonial. Mereka bimbang sekiranya orang Melayu berpendidikan tinggi tiada siapa lagi yang akanmenjadi kerani.
Perubahan yang dilakukan oleh Dato Abdullah bukansahaja di bidang pendidikan. Bahkan dia banyakmembantu menubuhkan beberapa koperasi dan persatuan diNegeri Sembilan untuk membangunkan masyarakat Melayuketika itu. Dato Abdullah juga sentiasa menasihatkan orang-orangkampung agar meninggalkan amalan khurafat dan syirikyang dikaitkan dengan roh-roh setempat.
Gelombang kebangkitan ulamak yang mendapat pendidikan di Kedah dan Kelantan pada awal 1900an serta dariMesir dan Arab Saudi juga telah menyedarkan masyarakatMelayu bahawa kepercayaan karut tersebut adalahbertentangan dengan ajaran Islam.
Dato Abdullah juga pernah membicarakan mengenai percanggahan antara adat dan syarak dalam pembahagianharta dan harta sepencarian dimana hukum Islamsepatutnya diutamakan daripada hukum adat.Dato Abdullah juga adalah antara orang yangmenyuarakan penubuhan pasukan Askar Melayu.
Usaha inibermula semenjak tahun 1902 lagi. Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat Britishtelah dijalankan bagi mengujudkan pasukan ini. Dalamtahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, AlmarhumDYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah,Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan danAlmarhum Undang Rembau, Dato Abdullah bin Haji Dahantelah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan AskarMelayu.
Hasrat Raja-Raja ini telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis MesyuaratPersekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-UndangAskar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagaiUndang-Undang No. 11.
************ ********* ********* ********* ********* *********
Petikan terjemahan buku “Early Politics: Nationalistsof My Land, Unite” (Politik Awal : Nasionalis TanahAir Ku, Bersatulah)
Beliau ialah Dato Abdullah Bin Haji Dahan, UndangRembau. Anak kepada seorang Dato di Negeri Sembilan,Abdullah mulanya belajar di sekolah Melayu kemudian lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang diKolej Melayu Kuala Kangsar.
Antara ahli Majlis Persekutuan yang dilantik, beliau adalah yang paling lantang, terutamanya memperjuangkanhak-hak orang Melayu. Dia pernah secara terbukamempersoalkan Inggeris yang melantik bukan Melayu diJabatan Kerajaan.
Pihak Inggeris menjawab, "Keranatiada orang Melayu yang berpelajaran Inggeris.Sebenarnya adalah polisi Kerajaan British untuk tidakmenggalakkan orang Melayu masuk ke sekolah aliran Inggeris sejak dari mula lagi.Dato Abdullah berjuang untuk kepentingan Melayu.
Beliau menggesa agar Inggeris memberikan lebih peruntukan untuk Tanah Rezab Melayu dan memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada Melayu dijabatan kerajaan yang dimonopoli oleh bangsa asing,seperti Keretapi Tanah Melayu, Telekom dan JabatanKerja Raya.
Beliau mengakui ramai orang Melayu yangbekerja di peringkat bawahan, tapi bagaimana denganjawatan kanan seperti Ketua Stesen ? Kenapa orangMelayu tidak diberi kepercayaan untuk memikul lebihtanggungjawab ? Apabila Zaman Kemelesetan berlaku pada tahun 1929,pihak British memberhentikan ramai pekerja, DatoAbdullah memberi amaran kepada British, jangan sentuhpekerja Melayu.
Dari cadangan tersebut pendatang asingharus dibuang kerja terlebih dahulu, dia pada ketikaitu, tidak begitu disukai oleh pendatang Cina danpendatang India.Dato Undang Rembau adalah orang yang berani, lantangdalam tahun 1920an dan 1930an, ketika tiada siapa yangberani bersuara terhadap orang Inggeris.
Dato Undang Rembau akhirnya dikeluarkan daripadaMajlis oleh pihak British atas alasan beliau menderitapenyakit saraf. British akhirnya berjaya membuang duridalam daging mereka.Dato Abdullah juga adalah merupakan salah seorangdaripada empat orang pembesar Melayu yang menubuhkanRejimen Askar Melayu DiRaja.
************ ********* ********* ********* *********
Rujukan :A Share of the HarvestKinship, Property, and Social History among the Malaysof RembauMichael Gates PeletzUNIVERSITY OF CALIFORNIA PRESShttp://content. cdlib.org/ view?docId= ft6m3nb481& chunk.id= d0e1991
.. MAY HE FORGIVES US ALL AND GUIDE US
No comments:
Post a Comment